Wednesday 1 February 2012

Latihan

Arahan : Salin soalan di bawah dan berikan jawapan yang betul.

1. Bilakah Nabi mula belajar mengembala kambing?

2. Siapakah pemilik kambing yang dijaga oleh Nabi ?

3. Mengapakah Nabi mendapat kepercayaan dari Siti Khadijah untuk menjual barang milik beliau?

4. Berikan 3 contoh barang yang dijual oleh Nabi.

5. Nabi mula berniaga pada usia?

6. Siapakah yang menemani Nabi semasa berniaga?

Nota Sirah- Pekerjaan Nabi Muhammad SAW

بسم الله الرحمن الرحيم 
السلام عليكم ورحمة الله وبركته 


  Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada ustazah dan para pelajar untuk menuntut ilmu pada hari ini. Baiklah, dalam "Laman Ilmu 92" kali ini kita akan mengulang kaji semula pelajaran atau bab yang telah dipelajari semasa di dalam kelas petang tadi. Ustazah harap agar para pelajar dapat menyalin nota ini dan membacanya serta mengingati apa yang telah disalin oleh kamu semua. InsyaAllah..
  
 Pada hari ini kita telah mempelajari satu tajuk yang sangat menarik iaitu "Pekerjaan Rasulullah SAW semasa Kecil dan Dewasa". Ustazah harap agar anak-anak didik ustazah masih ingat lagi cerita yang telah disampaikan oleh ustazah semasa di dalam kelas tadi. 

Di dalam laman ini, ustazah telah sediakan nota untuk anak-anak murid ustazah sekalian.